Di Sabah, polis Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menahan seorang lelaki tempatan dan merampas lebih 7 kilogram dadah dalam dua serbuan berasingan pada 25 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin dalam sidang media pada Selasa berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan jam 2.10 petang ketika membawa bungkusan kotak dipercayai dikirim melalui kurier dari luar Tawau.